Selamat Datang ke Laman Rasmi Annur Fabric Collection

Tentang Kami

Latar belakang penubuhan Annur Fabric Collection untuk memastikan perkhidmatan
yang terbaik diberikan, bermula dari proses pemilihan design produk sehingga proses pembelian.

Sejarah Syarikat

Tentang Annur Fabric Collection

Annur Fabric Collection ditubuhkan pada tahun 2020, semasa pandemik COVID-19 melanda dunia. Idea asal perniagaan ini bermula daripada hobi yang suka mendekorasi rumah sendiri. Melihat hasil dekorasi yang memuaskan, kami mencadangkan idea tersebut kepada jiran dan rakan-rakan. Ternyata, mereka tertarik dengan konsep dan kualiti langsir yang dihasilkan, menjadikan ini sebagai titik tolak penubuhan Annur Fabric Collection.

Bermula dari rumah, perniagaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat. Kami mula menerima tempahan secara kecil-kecilan dan berusaha meningkatkan kualiti serta perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan dedikasi dan usaha yang gigih, perniagaan ini berkembang pesat dan kini menjadi jenama yang dipercayai dalam industri langsir kabinet dan dapur premium.

Founder

Azlinah Zahari

Azlinah Binti Zahari dilahirkan pada 1 Mac 1985 di Mersing, Johor. Kehidupan beliau tidak semudah orang lain. Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan hanya tamat sekolah rendah, Azlinah tidak pernah patah semangat. Sejak kecil, beliau sudah menunjukkan minat dalam dunia perniagaan.

Azlinah mula berniaga pada usia muda, hanya 8 tahun, dengan menjual kuih-muih dan barangan kecil di sekitar kampungnya. Pengalaman ini memberikan beliau asas yang kukuh dalam perniagaan. Sejak berumur 8 tahun, Azlinah terlibat dalam pelbagai jenis bisnes, mengasah kemahiran dan membina pengalaman yang sangat berharga.
Azlinah memulakan kerjaya di sektor korporat sebagai Asst Manager di sebuah syarikat elektronik di Johor Bahru ketika berumur 18 tahun bermula dari operator sehingga ke jawatan asst manager production. Di sini, beliau belajar tentang pengurusan, operasi, dan strategi perniagaan. Namun, impian Azlinah tidak terhenti di situ. Beliau ingin membuktikan bahawa walaupun tanpa pendidikan tinggi, beliau mampu mencapai kejayaan yang luar biasa.

Co-Founder

Alwee Mohamed Sayuti

Alwee Bin Mohamed Sayuti dilahirkan pada 26 September 1983 di Kluang, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Kampung Tengah dan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil. Selepas menamatkan sekolah menengah, Alwee terus memasuki dunia pekerjaan.

Alwee memulakan kerjayanya dalam industri percetakan akhbar bahasa Cina ( sin chew media corporation ). Selama 20 tahun, beliau berkhidmat dalam syarikat tersebut dari operator pencetakan sehingga telah menjawat pelbagai jawatan, termasuk sebagai Asst Manager. Pengalaman bekerja di syarikat besar memberikan beliau pengetahuan yang luas dalam pengurusan dan operasi perniagaan.
Selain itu, Alwee juga aktif menyertai pelbagai acara perniagaan dan pernah terlibat dalam bisnes "Cendol Kak Yong" bersama isteri. Penglibatan ini membantunya memahami keperluan pasaran dan keinginan pelanggan.

Whatsapp kami
Hi! Selamat datang ke laman rasmi Annur Fabric. Klik button di bawah untuk mula chat.